ROS diminta selesai krisis parti KITA

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia diminta agar segera menyelesaikan kemelut kepimpinan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
   
NONEZamil Ibrahim (kanan), yang mendakwa dirinya ketua baharu parti itu berkata beliau telah menghantar dokumen lengkap mengenai perkara itu kepada jabatan tersebut pada 29 Feb lepas, namun melihat tiada tindakan susulan dibuat.

"Ingin saya tegaskan pelantikan saya dilakukan dalam Persidangan Perwakilan
Tahunan 2011 di Kota Baharu, Kelantan yang dihadiri lebih 100 anggota parti.
   
"Seluruh perwakilan pada persidangan itu telah menolak Datuk Zaid Ibrahim sebagai ketua parti dan memilih saya sebagai ketua parti yang baharu," katanya
dalam sidang media di ibunegara hari ini.
     
Zamil berkata isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin memandangkan tarikh pilihan raya semakin hampir.

- Bernama

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.