Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP gesa MBSA tutup kelab malam tanpa lesen hiburan

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak menutup terus sebuah kelab malam yang beroperasi tanpa lesen hiburan dari pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, tindakan MBSA yang hanya menyaman kelab itu kerana didakwa beroperasi menjual minuman keras dan menyediakan hiburan kepada pengunjungnya menggunakan lesen kafeteria dari MBSA, "mempunyai implikasi politik dan bukan sekadar persoalan undang-undang.

"MBSA sepatutnya menghentikan operasi mereka serta-merta tetapi MBSA tidak berbuat demikian kerana takut ada komplikasi undang-undang.

"Saya lihat isu ini dijadikan isu politik. Saya minta MBSA memahami isu ini bukan sekadar persoalan undang-undang dan ada implikasi politik," katanya.

Menurutnya, sebuah media yang disifatkannya pro-Umno memuatkan berita pembukaan kelab itu pada 12 Disember lalu dan cuba memberi gambaran ia dibenarkan oleh kerajaan negeri.

"Inilah cara dia hendak kempen. Di Kelantan hendak ditunjukkan PAS terlalu keras (laksana undang-undang), dan di Selangor pula hendak ditunjukkan PAS ini terlalu fleksibel," katanya dalam satu sidang akhbar semalam.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Khalid turut menggesa menteri besar Selangor menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan negeri untuk melakukan tugas

memperbaiki jalan-jalan di bawah seliaan Selangor.

Syarikat berkenaan, kata Khalid, kemudiannya boleh menuntut bayaran dari pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lambat bertindak dan bertindak secara kurang memuaskan dalam kerja-kerja itu.

"Saya harap pejabat MB beri pertimbangan sewajarnya. Dalam saat-saat hampir pilihan raya ini kita lihat ada unsur-unsur sabotaj.

"Dalam hal ini, kerajaan negeri perlu bertindak dengan penuh kefahaman politik," katanya.

Sementara itu, Khalid turut menayangkan klip video yang didakwa memaparkan akibat proses penyumberluaran yang dilakukan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Video itu yang menunjukkan sebuah kereta pemunggah bagasi melanggar kipas sayap kapal terbang MAS. Kereta itu didakwa dipandu seorang pekerja asing syarikat yang mengambil khidmat memunggah bagasi dari MAS.

Menurut Khalid, video itu dihantar individu tidak dikenali ke pusat khidmat beliau.

ADS