Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah diberitahu Bekir ada RM9j tunai, unit amanah

Anak lelaki ketua menteri Sarawak, Datuk Seri  Mahmud Abu Bekir Taib memiliki lebih sembilan juta ringgit dalam bentuk wang tunai dan akaun unit amanah, demikian Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Jumlah ini termasuk RM4.4 juta dalam satu akaun semasa CIMB, RM3 juta simpanan tetap dengan bank yang sama, dan RM1.3 juta dalam KWSP dan lebih RM500,000 dalam akaun unit amanah ASN dan ASB.

NONE Ia didedahkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,  Datuk

Mohamad Abdullah oleh saksi-saksi yang dipanggil oleh plaintif, bekas isteri Bekir,  Shahnaz Abdul Majid, yang menyamannya untuk harta sepencarian semasa perkahwinan mereka.

Saksi pertama hari ini,  ketua pasukan Unit Resolusi Pelanggan CIMB, Sia Kwai Buay, memberitahu mahkamah bahawa Bekir mempunyai RM4,401,987.45 dalam akaun semasa, serta RM3,008,663.10 dalam akaun deposit tetap yang telah diambil balik dan kemudiannya diagih ke dalam tiga deposit tetap yang lain.

Kemudian, saksi kedua yang dipanggil, Anizah Jaafar, seorang penolong pengurus dari Jabatan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), memberitahu mahkamah bahawa akaun KWSP Bekir adalah kira-kira RM1,367,584.66.

Katanya, Bekir memiliki akaun KWSP sejak tahun 1992 dan menerima sumbangan sebagai seorang pekerja dari pelbagai syarikat, yang paling terkini ialah caruman bulanan sebanyak RM4,600 daripada Cahya Mata Sarawak Berhad dan RM9,200 daripada Titanium Project Management Sdn Bhd dari tahun 2011 hingga sekarang.

Bagaimanapun, katanya, defendan telah mengeluarkan RM158,312 pada tahun 1998 dan RM1,874,331 pada tahun 2011.

Bazit Othman, pengurus Jabatan Perhubungan Agen dan Pelanggan ASNB, pula memberitahu mahkamah bahawa Bekir mempunyai RM389,237.83 dalam akaun ASB dan 149,888.17 unit dalam akaun ASN yang, jika dijual pada nilai terakhir anggaran saham ASN, akan berjumlah RM131,901,59.

Semua saksi datang dengan kenyataan pengesahan daripada pelbagai organisasi mereka untuk menyokong keterangan masing-masing.

[Baca berita penuh]

ADS