Tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh

Tiga orang dari satu keluarga terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus dua buah rumah di Se Ipuh dalam daerah kecil Koto Parik Gadang Diateh, daerah Solok Selatan, Sumatera Barat, awal hari ini.
    
Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Solok Selatan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 pagi.
    
Mayat ketiga-tiga mangsa yang berusia 60 tahun, 12 tahun dan lapan tahun itu telah dibedah siasat di Pusat Kesihatan Masyarakat Batang Limpawuang, Koto Parik Gadang Diateh.
    
Jenazah mereka kemudian dibawa pulang ke rumah anggota keluarga di Sei Ipuh, Nagari Pakan Rabaa Tangah.
    
- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.