Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Aktivis Himpunan Hijau hari ini mengadakan demonstrasi di Kuantan terhadap sebuah bank utama antarabangsa atas penglibatannya dengan Lynas Corporation.

NONE Sasaran mereka adalah cawangan HSBC di Jalan Mahkota. Meraka mendakwa bahawa bank itu membiayai Lynas dan oleh itu, menyumbang kepada kerosakan alam sekitar.

Usaha telah dibuat untuk menghubungi kakitangan perhubungan awam HSBC, tetapi dipercayai jabatan itu bercuti hari ini.

Kira-kira 50 orang menyertai protes tersebut, yang digelar perhimpunan 'Black Christmas', lengkap dengan pokok Krismas hitam.

Mereka berkumpul pada kira-kira jam 2.30 petang dan berdemonstrasi selama 25 minit dalam hujan.

NONE Mereka membawa plakad bagi meluahkan kemarahan mereka

terhadap Lynas dan HSBC.

Selepas selesai, pokok Krismas hitam itu ditinggalkan di depan pintu bank tersebut.

Anggota polis yang berada di tempat kejadian, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack memberitahu Malaysiakini bahawa protes itu pada asalnya dijadualkan semalam, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana banjir.

[Baca berita penuh]

ADS