Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2012 berakhir dengan 17 penyenaraian bernilai RM23b

Petunjuk awal menampilkan perkembangan masa depan yang cerah bagi mengekalkan jumlah yang dikumpulkan bagi tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Tajdid Atas.

    

"Penyenaraian yang berpotensi itu lebih condong pada sektor infrastruktur dan perindustrian," katanya, sambil menyatakan bahawa bursa tempatan mengakhiri tahun ini dengan catatan 17 penyenaraian yang melibatkan RM23 bilion.

    

Baru-baru ini, Tajuddin dilaporkan sebagai berkata bahawa Bursa Malaysia mempunyai penyenaraian yang mencukupi bagi tahun depan untuk dipadankan dengan nilai penyenaraian yang dicatatkan pada tahun ini, tetapi, jumlah tawaran secara individu tidak akan melepasi jumlah yang dicapai pada tahun ini.

    

Antara syarikat yang dijangka disenaraikan pada tahun depan termasuk Matrix Concepts Holdings Bhd, Felcra Bhd, CLIQ Energy Bhd dan Malakoff Corp Bhd.

    

"Sedang Bursa Malaysia mengembangkan lagi penyenaraian syarikat berkualiti dan besar, ini akan merancakkan pasaran modal dan membantu memprofilkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan utama.

    

"Tambahan pula, Malaysia dan negara-negara Asean telah semakin menikmati perhatian pelaburan langsung asing, berikutan krisis hutang semasa di Eropah dan masalah fiskal di Amerika Syarikat.

    

Dengan mengambil kira faktor di atas, Tajuddin berkata syarikat berpeluang merebut peluang yang lebih besar dari manfaat IPO berkenaan.

    

"Bursa Asean, yang diwujudkan di kalangan tujuh bursa di rantau ini, telah meningkatkan bahan Hubungan Dagangan Asean, dengan menyediakan satu platform di mana para broker dan pedagang dari tiga bursa, iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand, dapat melakukan dagangan rentas sempadan berasaskan pasaran langsung.

    

"Dengan mempunyai permodalan pasaran yang disatukan kesemua bursa itu, serta bursa lain yang akan menyertainya kemudian kelak, ini akan meningkatkan rantau ini ke paras lebih tinggi setara dengan sesetengah pasaran terbesar di Asia dan malah di dunia," katanya.

    

Berasaskan statistik semasa, kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd dan IHH Healthcare Bhd telah menempatkan pasaran modal negara masing-masing sebagai IPO ketiga dan keempat terbesar pada tahun ini.

    

IPO Felda Global telah menarik kira-kira RM10 bilion manakala IHH Healthcare menarik kira-kira RM6 bilion dan Astro Malaysia Holdings Bhd, yang disenaraikan semula di bursa tempatan pada Oktober, mengumpulkan RM4.56 bilion dari IPOnya.

    

Tajuddin berkata negara ini kini ditempatkan pada kedudukan keempat di kalangan destinasi IPO dunia di segi nilai (US$7.3 bilion), selepas Amerika Syarikat, China dan Jepun.

    

"Pencapaian itu penting bagi mewajarkan Malaysia sebagai salah satu destinasi penyenaraian keutamaan dan kami terus mengekalkan kedudukan ini," katanya.

    

- Bernama

ADS