Pakatan Rakyat rancang pra-perhimpunan kebangkitan rakyat

Pakatan Rakyat merancang pra-perhimpunan di Kuala Lumpur pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari di Stadium Merdeka.

Digelar Rapat Kemuncak Mengira Detik, acara itu akan berlangsung mulai 5 petang di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

NONEPemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dijangka berucap, di samping penampilan bekas bintang band rock popular yang kini menjadi pendakwah, Ustaz Azhar Mohd Idrus pada sebelah petang bersama penghibur lain.

"Selain aktivis seni yang sering bersama dengan kami, kita juga akan menampilkan persembahan dari artis-artis terkenal," kata penganjur, Adam Adli kepada Malaysiakini.

Adam berkata, ia menjadi pentas untuk rakyat memulakan mood perayaan dan mengetengahkan permintaan rakyat.

Perhimpunan 11 Januari, katanya, akan menjadi arena perayaan untuk peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat.

[Baca berita Penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.