Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga saham FGV jatuh sekejap bawah IPO
Diterbitkan:  Dec 27, 2012 1:30 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) saham jatuh sekejap pagi ini di bawah harga tawaran awam (IPO) RM4.55.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi harga merosot kepada RM4.53 selepas dibuka pada harga RM4.55.

NONE Berlegar sekitar harga IPO pada RM4.56 selepas itu, harga pada

waktu makan tengahari bertambah baik sedikit, naik kepada RM4.57.

Menurut portal The Edge Financial Daily, moratorium enam bulan kepada pelabur awal yang melarang mereka menjual saham tersebut, berakhir semalam.

Ia menyatakan bahawa kemasukan ke FTSE Bursa Malaysia Komposit Indeks KL (KLCI) yang kebetulan dengan tempoh berakhir moratorium FGV, tidak banyak membantu melonjak harga saham itu.

NONE Pada masa penyenaraian kontroversinya pada bulan Jun, IPO

FGV adalah kedua terbesar di dunia selepas Facebook Inc

Saham itu melonjak kepada RM5.55 sejurus selepas penyenaraian, tetapi sejak itu, harganya telah menurun.

Ia mencecah rekod terendah RM4.50 pada minggu pertama Disember.

[Baca berita Penuh]

ADS