Rakyat M'sia di Shanghai tak boleh daftar pengundi

Walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berulangkali meminta rakyat Malaysia di luar negara mendaftar sebagai pengundi di kedutaan masing-masing, tetapi mereka yang di Shanghai, China diberitahu oleh konsulat jeneral di situ bahawa ia tidak boleh dilakukan.

Tan Yoke Suan, ahli kumpulan penyokong BERSIH Shanghai, memberitahu Malaysiakini bahawa dia pada mulanya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa konsulat jeneral di Shanghai telah berhenti mendaftarkan pengundi sejak Julai tahun ini.

Beliau mengesahkan sendiri perkara itu pada hari Rabu.

"Pada masa ini, pihak konsulat masih tidak menerima pendaftaran pengundi biasa atas alasan tidak ada arahan daripada pihak berkuasa yang lebih tinggi," katanya ketika dihubungi.

Ini bercanggah dengan pengumuman awal SPR bahawa rakyat di luar negara boleh mendaftar sebagai pengundi biasa sebelum undang-undang dipinda yang akan membolehkan mereka bertukar kepada pengundi pos.

NONESebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri)
menyuarakan kekecewaannya kerana sambutan dingin daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mendaftarkan sebagai pengundi.
 
Semakan dengan MyOverseasVote (MOV) - kumpulan yang dibentuk oleh rakyat Malaysia di luar negara untuk melobi hak mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang - mendapati bahawa kedutaan Malaysia di New York, Berne, Bangkok, London, Dublin dan Singapura -  antara lain - menyediakan khidmat daftar pengundi.

SPR kini sedang dalam proses meminda undang-undang pilihan raya bagi membolehkan semua rakyat Malaysia di luar negara mengundi melalui undi pos, tetapi hanya mereka yang telah berdaftar sebagai pengundi biasa, boleh berbuat demikian.

Menurut SPR, mereka yang mendaftar sebelum 31 Disember akan layak mengundi jika pilihan raya umum ke-13 diada pada bulan Februari atau kemudian.

Di samping tidak dapat mendaftar, ada beberapa rakyat Malaysia di Shanghai juga mendapati diri mereka secara misteri didaftarkan sebagai pengundi pos walaupun mereka tidak berkelayakan.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.