Banjir: 41 ekor ular ditangkap masuk rumah di T'ganu

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu (JPAM) membantu menangkap 41 ekor ular yang masuk rumah semasa banjir di negeri itu.
    
Pegawai JPAM Terengganu Leftenan (PA) Nor Asmawi Abdul Mutalib berkata jenis ular yang ditangkap itu ialah seperti tedung dan senduk dan haiwan itu  diserahkan kepada pihak berkuasa relevan.

Dalam tempoh dua hari sahaja sejak banjir mula melanda negeri ini Ahad lepas, pihak JPAM menerima aduan 13 hingga 16 kes ular masuk rumah setiap hari, katanya kepada Bernama hari ini.
    
Beliau berkata biasanya pada musim banjir, ular akan mencari tempat perlindungan apabila sarangnya ditenggelami air.

Katanya orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan operasi banjir daerah dan negeri yang dibuka 24 jam untuk mendapatkan bantuan menangkap ular yang
memasuki rumah mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.
    
- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.