Benteng konkrit runtuh di puncak Setiawangsa

   

Penduduk di Puncak Setiawangsa di ibunegara cemas apabila benteng konkrit berdekatan rumah mereka tiba-tiba runtuh malam

tadi.

landslide in setiawangsa Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di landslide in setiawangsa 02 kawasan puncak bukit itu dan difahamkan kurang daripada 10 terletak berhampiran tebing itu.

"Ini kejadian pertama sejak saya menetap di sini 16 tahun lepas," katanya kepada pemberita landslide setiawangsa 05 di tempat kejadian.

Pasukan bomba dan polis dilihat berada di lokasi kejadian.

Penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman masing-masing dan mengambil dokumen dan barangan penting selain mengalihkan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.  

Seorang penduduk B.Selvarani, 26, berkata beliau terdengar bunyi tanah untuh di belakang rumah teresnya di bawah tebing berkenaan.   

"Tanah yang runtuh hampir masuk ke dalam rumah saya," katanya yang ketika kejadian sedang membasuh baju.

Selvarani berkata beliau segera membawa keluar anggota keluarganya seramai mpat orang dari kediamannya.   

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis dan bomba belum mengeluarkan

sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

- Bernama

Komen

PERINGATAN
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In