Setiap tahun, selama lebih satu dekad, Malaysiakin telah menamakan Newsmaker sempena kita melabuhkan tirai bagi tahun berkenaan.
Newsmaker ditakrifkan sebagai 'seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau lebih teruk lagi'.
Bagi tahun 2012, Malaysiakini telah mencalonkan 10 individu bagi pembaca mengundi. Sejumlah 697 orang mengambil bahagian dalam pengundian tersebut, yang hanya dibuka kepada pelanggan berbayar portal berita ini.
Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka bagi setiap penama - satu undi terendah dan 10 tertinggi.
Menariknya kali ini, pembaca Malaysiakini memberi penghormatan kepada individu yang terlepas anugerah Newsmaker tahun lepas .
Anugerah kali ialah dimenangi oleh...
Dan Newsmaker tahun 2012 adalah bekas pengerusi Majlis Peguam dan penyelaras BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan - wanita yang melancarkan ibu segala bantahan.
Mungkin ini datang sebagai satu kejutan kerana semalam, pembaca Malaysiakini memilih perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai berita paling utama 2012.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di tempat kedua, diikuti rapat oleh pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack.
Berikut adalah keputusan penuh:
1. S Ambiga - peguam kanan dan penyelaras BERSIH
6,438 undi
2. Rafizi Ramli - pengarah strategi PKR
5,480 undi
3. Wong Tack - pemimpin Himpunan Hijau
5,435 undi
4. Dataran Merdeka - tapak keramat untuk semua rakyat Malaysia
5,194 undi
5. A Samad Said - Sasterawan Negara dan penyelaras BERSIH
4,993 undi
6. Shahrizat Abdul Jalil and family - Ketua Wanita Umno, suaminya dan tiga anaknya
4,037 undi
7. Rosmah Mansor - steri PM Datuk Seri Najib Tun Razak
3,615 undi
8. Nazri Abdul Aziz - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2,416 undi
9. Mahathir Mohamad - bekas perdana menteri
2,206 undi
10. Chua Tee Yong - MP Labis dan ketua biro Biro Profesional Muda MCA
1,676 votes
Newsmaker sebelum ini
2011 - Bersih supporters
2010 - Ibrahim Ali
2009 - Teoh Beng Hock
2008 - YOU
2007 - VK Lingam
2006 - Mahathir Mohamad
2005 - Joint award - Rafidah Aziz and Mahathir Mohamad
2004 - S Samy Vellu
2003 - Husam Musa
2002 - Zainuddin Maidin
2001 - Rais Yatim