10 berita penting 2012 - pilihan pembaca

Malaysiakini telah sekali lagi menyerahkan kepada pembaca untuk memilih apa yang mereka fikir berita yang paling penting pada tahun 2012.

Seramai 822 pembaca mengambil bahagian dalam kaji selidik selama lima hari, yang hanya dibuka hanya kepada pembaca berbayar portal berita ini.

Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka bagi setiap 18 tajuk berita yang dipilih oleh Malaysiakini - '1 ' yang terendah dan '10' yang tertinggi.

bersih 3 rally 050512 cmh 01Yang menghairankan, dua berita teratas untuk 2012 mencerminkan
yang tahun lepas - perhimpunan BERSIH dan skandal Perbadanan National Feedlot Corporation (NFC). Nampaknya, dua isu ini terus hangat untuk kekal menjadi tumpuan dan tidak mungkin dilupai dalam masa terdekat ini.

Kontroversi sekitar loji penapisan nadir bumi Lynas di Gebeng dan perbahasan mengenai sisa radioaktif menjadikannya berita penting No 3. Ini diikuti oleh dua isu yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Kebangkitan gerakan hijau menduduki No 6, manakala isu yang lebih terbaru yang melibatkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta kenaikan ke jenayah turut mendapat perhatian.

Berikut adalah pilihan pembaca Malaysiakini  bagi 10 berita penting 2012.

1. Bersih 3.0 - ibu segala perhimpunan di pusat bandar Kuala Lumpur

7,715 undi

2. Skandal National Feedlot Corporation - lembu, kondominium dan banyak lagi

6,986 undi

3. Lynas dan sisa radioaktif - disimpan di sini, hantar kembali ke Australia, eksport ke negara-negara lain, atau kitar semula jadi produk tidak berbahaya?

6,820 undi

4. Deepak Jaikishan dan P Balasubramaniam - dua akuan berkanun, warga Mongolia yang dibunuh dan pasangan paling berkuasa

6,501 undi

5. Suaram dan kempen Scorpene - NGO hak asasi manusia jadi sasaran enam agensi kerajaan

6,191 undi

6. Kebangkitan gerakan alam sekitar - Himpunan Hijau, Pengerang, Bukit Koman dan PerarakanHijau

6,005 undi

7. Amangate dan 'sumbangan' RM40 juta  - Adakah wang untuk Musa Aman atau Umno Sabah?

5,939 undi

8. PTPTN dan Duduki Dataran - kempen pelajar universiti untuk pendidikan tinggi percuma

5,220 undi

9. Sistem Penguatkuasaan Automatik - penswastaan saman trafik

5,675 undi

10. Statistik jenayah - adakah kenaikan kadar jenayah satu persepsi atau satu kenyataan?

5,353 undi

Yang gagal terpilih menduduki tangga 10 teratas - menariknya, ia termasuk keputusan mahkamah di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat, kedua dalam tempoh 10 tahun.

Berikutan adalah keputusan berikutnya:

11. Keputusan Liwat II - kejutan penghakiman yang membebaskan Anwar Ibrahim

5,060 undi

12. Keganasan di ceramah - batu, botol dan cat merah 'terbang' semasa ceramah Pakatan ceramah di seluruh negara

5,050 undi

13. Polis lwn polis - perang mulut berterusan di kalangan bekas pegawai tinggi polis

4,275 undi

14. Talam, BN dapat tanah murah, ladang udang - kerajaan Selangor berperang mengenai dakwaan rasuah

4,246 undi

15. Felda dan penyenaraian FGV - perebutan sokongan di kawasan luar bandar

4,240 undi

16. Kontroversi Kemerdekaan ke-55 - logo, lagu, tunjuk punggung dan pijak poster pada malam ambang Merdeka di Dataran Merdeka

4,141 undi

17. LGBT dan baju-T berleher V - serangan terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender

3,522 undi

18. Pembaharuan ISA, AUKU, PPPA - usaha PM Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia

3.494 undi

Esok, Malaysiakini akan mengumumkan Newsmaker tahun 2012.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.