Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kerja pembersihan di Jalan Bukit Setiawangsa di Kuala Lumpur yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh, hari ini.

Tinjauan Bernama malam tadi mendapati DBKL giat menyiapkan peralatan jengkaut sejak 7 malam.

Terdapat beberapa kontena besar disediakan di kawasan itu untuk kerja mengangkut tanah serta serpihan dinding konkrit akibat runtuhan tanah di Puncak Setiawangsa pada Jumaat lepas.

Pihak bomba, polis dan DBKL dilihat berada di kawasan itu untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Kejadian tanah runtuh pada kira-kira 10 malam itu menyebabkan sebuah rumah  banglo di lereng bukit rosak teruk manakala beberapa rumah lain berhampiran mengalami rekahan tanah.

Selain itu, penghuni rumah banglo di Puncak Setiawangsa serta rumah kedai dan rumah teres berhampiran telah diarah berpindah.

- Bernama

ADS