Banglo terjejas di Puncak S'wangsa mula diroboh

Bernama        

Kerja merobohkan sebuah banglo yang terjejas di Puncak Setiawangsa ekoran kejadian tanah runtuh Jumaat lalu dilakukan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata operasi tersebut akan mengambil masa beberapa hari bagi mengelak berlaku lagi runtuhan tanah.

"Operasi itu dijalankan secara berhati-hati bermula dari bahagian bumbung banglo berkenaan dan ke bahagian bawah secara perlahan-lahan," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata seramai 283 penghuni di kawasan itu telah berpindah manakala  tujuh lagi banglo masih berada dalam zon tidak selamat diduduki.

Rumah yang dikosongkan dipantau 24 jam oleh pihak polis dan Rela bagi memastikan keselamatan harta benda.

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In