PAS: Penjelasan Hadi di TV mesti siaran langsung

PAS menegaskan bahawa penjelasan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung polemik mengenai satu ucapan pada 1981 perlu dibuat secara langsung melalui televisyen.

Setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu mungkin tidak akan mengambil bahagian sekiranya penjelasan itu tidak disiarkan secara langsung.

"Kita minta (siaran) langsung. Jika kita tidak dapat, kita mungkin tidak (ambil bahagian)," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambahnya, parti itu bimbang penjelasan tersebut akan disunting sekiranya dibuat secara rakaman.

Katanya, parti itu perlu memberi penjelasan memandangkan isu berkenaan ditimbulkan semula bagi menyerang PAS.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.