Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berpegang kepada janjinya untuk membenarkan perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari.

“Kami yakin PM akan 'tepati janji'," kata presiden PAS Mohamad Sabu yang merujuk kepada slogan 'Janji Ditepati" BN.

Mohamad yang mengetuai jawatankuasa penganjur perhimpunan itu berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya permohonan mereka untuk mengadakan perhimpunan itu ditolak.

Perdana menteri membuat janji tersebut sebelum penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada tahun lalu.

Perdana menteri meminta jawatankuasa BERSIH mempertimbangkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di stadium seperti di Stadium Merdeka.

Bercakap dalam sidang media Petaling Jaya hari ini, Mohamad, yang popular dengan nama Mat Sabu berkata jawatankuasa tiu telah menghantar notis kepada pihak berkuasa terbabit dan juga kepada pengurusan stadium.

Perhimpunan besar itu dirancang sebagai acara penamat kepada perhimpunan "Kebangkitan Rakyat" yang diadakan pembangkang di seluruh Malaysia sejak beberapa bulan lalu.

[Baca berita penuh]

ADS