Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Berikutan cuaca baik hari ini, keadaan banjir dalam gelombang kedua di Kelantan dan Terengganu hampir pulih sepenuhnya apabila hanya tinggal 59 mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan

berbanding 182 mangsa pagi tadi.

    

Menurut portal Banjir Majlis Keselamatan Negara di KELANTAN, keadaan banjir di jajahan Pasir Puteh hanya 18 orang daripada lima keluarga, yang masih

ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

    

Di TERENGGANU, seramai 41 mangsa banjir berada di dua pusat pemindahan iaitu 20 orang berada di Dewan Orang Ramai Batu 24, di Hulu Terengganu dan 21 orang di Setiu, berada di Surau Kampung Nyatoh.

    

Menurut portal itu sehingga kini, banjir di Terengganu meragut enam nyawa.

    

Gelombang pertama melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung selama seminggu mulai 23 Disember lalu, manakala gelombang kedua melanda pada 31 Disember.

- Bernama

ADS