Bekas IGP dakwa peristiwa Memali kesan 'amanat Hadi'

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor mendakwa satu ucapan kontroversi oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang didakwa mengkafirkan Umno membangkitkan semangat golongan kiri untuk bangkit menentang kerajaan.

abdul rahim noor perkasa 2nd agmLaporan Berita Harian menyebut, Rahim mendakwa satu contoh kesan daripada ucapan yang digelar 'amanat Hadi' itu adalah peristiwa Memali di Baling, Kedah pada 1985.

Menurut Rahim, polis antara lainnya menemui risalah amanat Hadi yang ditampal di dinding rumah berkenaan, selain risalah lain.

"Mereka berjaya mengukuhkan akidah pengikut sehingga sanggup bertempur dengan polis kerana beranggapan pihak keselamatan adalah sebahagian daripada Umno yang mesti diperangi," kata Rahim seperti dipetik akhbar tersebut.

Rahim dilaporkan berkata demikian ketika tampil sebagai salah seorang ahli panel satu forum disiarkan stesen TV3 pada malam tadi.

Turut tampil sebagai ahli panel forum tersebut ialah bekas menteri di jabatan perdana menteri Tan Sri Yusof Noor dan seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Zakaria Stapa, lapor Berita Harian.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.