Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang didakwa memukul seorang wartawan dalam kejadian di pangsapuri di Jalan Perak di George Town 30 Disember lepas, hari ini menyatakan kesediaan memohon maaf kepada mangsa.

    

Lim Ah Chai, 52, berkata beliau berharap dapat bertemu secara bersemuka dengan wartawan akhbar Guan Ming Daily, Ang Kean Siang bagi tujuan itu.

    

journalist group visit guang ming daily journalist ang kean siang 301212 Katanya beliau juga telah hadir memberi keterangan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam.

Lim ditemui pemberita pada sidang media yang diadakan Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo di George Town.

    

Sementara itu, Jagdeep berkata beliau akan berusaha mengatur pertemuan kedua-dua pihak dalam masa terdekat.

    

Pada masa yang sama beliau mengingatkan anggota PPS agar bertindak secara rasional dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

    

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, Ang, 32, cedera dipukul empat lelaki ketika membuat liputan mengenai kejadian seorang wanita ditemui mati di pangsapuri berkenaan.   

    

Ang juga mendakwa kumpulan lelaki itu merosakkan kameranya kerana tidak berpuas hati beliau mengambil gambar wanita yang mati berkenaan.

- Bernama

ADS