Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS Perak: SPRM mesti segera siasat projek hotel

PAS Perak mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan ke atas laporan mereka berhubung dakwaan salahguna kuasa melibatkan satu projek hotel oleh kerajaan negeri Perak.

Penyelaras jawatankuasa isu dan strategik PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob menyerahkan memorandum menuntut penyegeraan tindakan itu di pejabat SPRM di Putrajaya pagi tadi.

NONE Menurutnya, PAS Perak pada 18 Disember lalu membuat laporan kepada SPRM Perak berhubung penganugerahan projek membina satu hotel enam tingkat bertaraf tiga bintang di atas tanah kerajaan Perak di Pulau Pinang.

Raja Ahmad mendakwa, projek itu diserahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Diperbadankan (SSI) kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang pegawai khas kepada menteri besar sekarang, tanpa tender terbuka.

"Kami ada salinan berkenaan dakwaan ini kerana ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pernah membuat pendedahan sama pada sidang DUN Perak yang lalu," katanya kepada Malaysiakini.

NONE Menurutnya, maklumat berkenaan penganugerahan projek itu diperolehi mereka daripada perjanjian pembangunan di antara SSI dan pemaju yang didakwa memperolehi konsesi 30 tahun untuk mengusahakan hotel itu secara 'build-operate-transfer'.

Dakwanya, semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat pemaju berkenaan bertaraf dorman (tidak aktif).

Pada masa sama, dakwanya lagi, syarikat berkenaan kini hanya menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan sahaja untuk memulakan projek itu.

"Bagi kami banyak persoalan dan keraguan timbul ke atas pengurniaan projek itu yang tidak dibuat secara tender terbuka," dakwanya dalam memo itu.

ADS