Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Boustead: Rundingan dengan syarikat Deepak bukan baru
Diterbitkan:  Jan 4, 2013 10:16 AM
Dikemaskini: 3:10 AM

Pemegang Saham Astacanggih Sdn Bhd, di mana peniaga permaidani Deepak Jaikishan ada kepentingan di dalamnya, telah membuat satu tawaran untuk menjual kepentingan mereka kepada Boustead Holdings Bhd pada Jun tahun lepas.

Ini telah dinyatakan dalam makluman Boustead Holdings 'kepada Bursa Malaysia semalam.

Menurut makluman tersebut, pengambilalihan 80 peratus Astacanggih merupakan langkah korporat untuk memperolehi kepentingan 80 peratus dalam pembangunan tanah 200 ekar di Bukit Raja pada jumlah harga RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi.

Makluman itu yang difailkan oleh Boustead Holdings mungkin akan meredakan dakwaan bahawa syarikat itu, yang sebahagiannya dimiliki oleh kementerian pertahanan, mengambilalih Astacanggih untuk mendiamkan Deepak (kiri).

P azlan eniaga permaidani itu telah membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sejak perhimpunan agung Umno pada akhir November lalu.

Antara lain, Deepak mendakwa ada yang tidak dipenuhi Najib ketika menjadi menteri pertahanan, sehingga beliau (Deepak) membawa pertikaian itu ke mahkamah berhubung tanah yang sama dengan Awan Megah Sdn Bhd.

Lewat bulan lepas, Deepak tiba-tiba menarik balik samannya terhadap syarikat tersebut, dan ia mencetuskan spekulasi bahawa ia ada kaitan dengan pengambilalihan tersebut.

Sementara itu, makluman oleh Boustead Holdings juga menyatakan bahawa rundingan dengan Awan Megah telah berjalan sejak 11 April  2005.

Bagaimanapun, menurutnya, Kumpulan Boustead hanya dapat memuktamadkan perjanjian akhir pada minggu ketiga bulan Disember  2012 selepas rundingan yang berpanjangan dengan pihak-pihak berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS