Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam siasat identiti peguam misteri SD2
Diterbitkan:  Jan 4, 2013 7:18 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Majlis Peguam berkata ia sedang menyiasat untuk mengenalpasti identiti peguam misteri yang dikatakan telah merangka akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

"Majlis Peguam mengulangi bahawa kita sedang menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan mengenai pelakuan peguam yang terlibat dalam merangka akuan bersumpah kedua Balasubramaniam Perumal.

NONE "Sepertimana isu-isu lain yang melibatkan potensi salahlaku ahli Bar,

Majlis Peguam akan membuat semua siasatan yang diperlukan - dalam hal ini, untuk menentukan identiti peguam berkenaan dan sama ada mereka telah melakukan sebarang salahlaku profesional," kata Peguam Presidennya Lim Chee Wee.

Lim (kiri), dalam satu kenyataan hari ini, berkata majlis itu menjalankan proses yang sewajarnya dalam perkara itu "tanpa rasa takut atau memihak, dan selaras dengan proses yang sewajarnya, tanpa mengira personaliti atau keadaan" tetapi menggesa semua pihak supaya tidak terburu-buru.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti salahlaku berkaitan perkara itu supaya membuat aduan kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara, yang menurutnya bebas daripada Majlis Peguam.

[Baca berita penuh]

ADS