Banjir di Kelantan pulih

Bernama        

Kumpulan terakhir 16 mangsa banjir di Kelantan yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh, telahpun pulang ke rumah masing-masing mulai tengah hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pejabat Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh berkata 16 orang daripada empat keluarga itu yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh, pulang ke rumah masing-masing setelah banjir yang melanda Kampung Gong Keding itu pulih.

Cuaca kini dilaporkan cerah.

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In