Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai daerah baru untuk Seberang Perai Tengah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pertukaran pegawai daerah Seberang Perai Utara Jusni Ismail ke Seberang Perai Tengah berkuat kuasa hari ini.

Pertukaran itu dibuat ekoran operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menahan pegawai daerah Seberang Perai Tengah sebelum ini, Roslan Yahya pada 3 Januari lalu.

NONE Lim dalam satu sidang media hari ini berkata kerajaan negeri tidak bertoleransi ke atas tindakan rasuah dan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang tidak terjejas dengan kejadian tersebut.

"Ia adalah kes rasuah di mana kita akan beri kerjasama sepenuhnya jika diperlukan," katanya.

Lim berkata kes didakwa melibatkan Roslan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri yang sentiassa serius dalam memerangi rasuah.

“Semua yang kita tahu (berhubung kes ini) adalah daripada media. Kita akan ambil tindakan apabila mempunyai (maklumat) lanjut. Kita tidak akan sembunyikan kes ini," katanya.

Lim juga menyatakan bahawa SPRM – yang pada kebiasaannya tidak banyak membuat pendedahan mengenai kes yang disiasat – kali ini menukar modus operandinya.

"Kita berharap mereka akan tukar (modus operandi) di masa hadapan. Kita harap mereka akan teliti tiga laporan yang kita buat pada mereka, di mana seorang daripada tertuduh mengakui perkara itu.

"SRPM masih belum mengambil tindakan dalam kes ini," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS