TI-M juga tolak pelawaan SPR untuk pantau p'raya

   

Badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) mengumumkan secara rasmi untuk menolak pelawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi pemantau dalam pilihan raya umum ke-13.

Dalam satu kenyataan hari ini, TI-M menyatakan bahawa keputusan untuk menolak pelawaan tersebut adalah berhubung terma rujukan yang ditetapkan SPR kepada para pemerhati pilihan raya.

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) dan Institut Kebangsan untuk Demokrasi dan Integriti Pilihan Raya (NIEI) juga sebelum ini mengumumkan menolak pelawaan SPR.

Setiausaha agung TI-M Josie M Fernandez (kanan) dalam satu kenyataan berkata SPRM dimaklumkan pada 4 Januri berhubung keengganan mereka.

Beliau berkata TI-M menggesa SPR supaya peraturan yang ditetapkan kepada pemerhati bertauliah, termasuk proses pentauliahan tersebut, memenuhi standard dan amalan antarabangsa.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In