Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lima aktivis NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan seorang peguam hari ini hadir ke sebuah balai polis di Petaling Jaya untuk memberi keterangan berhubung satu perhimpunan yang diadakan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 18 September lalu.

NONE Mereka yang disiasat adalah pengerusi Suaram K Arumugam, tiga ahli sekretariatnya Cynthia Gabriel, Wong Kar Fai dan Sarah Devaraj (aktivis) serta peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Dalam kenyataan media yang diedarkan, mereka disiasat mengikut seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman susulan perhimpunan yang diadakan di perkarangan pejabat SSM itu ekoran laporan polis yang dibuat oleh polis dan suruhanjaya berkenaan.

"Kami tidak ada masalah untuk memberi kerjasama dalam siasatan ini," kata koordinator Suaram E Nalini yang turut hadir memberi sokongan kepada rakannya.

Mereka tiba di balai Balai Polis Batu 5, Jalan Klang Lama itu kira-kira jam 2.45 petang dengan diiringi empat peguam - Latheefa Koya, Roger Chan, Azera Aziz dan Mohd Afiz Mohd Nor.

Turut hadir beberapa aktivis Suaram untuk memberi sokongan terhadap rakan mereka itu.

NONE Bercakap kepada pemberita selepas siasatan itu, Latheefa berkata anak guam mereka ditanya berkaitan perhimpunan itu termasuk individu lain yang terlibat dan tujuan mereka pergi ke sana.

Bagaimanapun, beliau menegaskan anak guam mereka tidak menjawab persoalan sewaktu siasatan dibuat dari jam 3 petang dan berakhir sejam kemudiaan.

Menurutnya lagi, semua perkara yang ditanya merupakan perkara yang telah ketahui umum.

"Anak guam kami mempunyai hak untuk mendiamkan diri berdasarkan peruntukan seksyen 112(2) Kanun Prosedur Jenayah. Mereka tidak menjawab soalan, dan kita menyerah kepada polis untuk menyiasatnya," katanya.

NONE Latheefa yang juga pengerusi biro guaman PKR turut mendesak pihak berkuasa supaya menghentikan

'gangguan' terhadap anak guamnya selepas ini.

Sementara itu, ditemui pemberita selepas memberi keterangan, Cynthia turut menggesa pihak berkuasa berhenti 'mengganggu' mereka pada masa akan datang.

"Lebih enam bulan, kami disiasat. Tidak ada sebab mereka mahu melanjutkan siasatan ini. Sebelum ini kami disiasat (oleh SSM dan Pendaftar Pertubuhan), maka jelas pihak berkuasa mahu mencari kes (terhadap kami)," katanya.

Bagaimanapun, Cynthia berkata beliau tidak terkejut jika pihaknya akan dipanggil sekali lagi.

Nalini pula mendakwa gangguan yang berterusan oleh ROS, SSM dan polis "bermotifkan politik" dan menggesa ia dihentikan segera.

ADS