Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parti Star: P'raya peluang untuk runding tuntutan

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pilihan raya umum ke-13 memberi kelebihan kepada warga Sabah untuk berunding dengan parti dari semenanjung berhubung tuntutan yang dibangkitkan mereka.

"Kita ada kelebihan. Pilihan raya umum ke-13 adalah peluang berunding kerana kita ada kuasa penentu.

"Najib telah melawat Sabah sebanyak tujuh kali tahun lepas dan ini menunjukkan Sabah ada kepentingan," katanya dalam ucapan ketika sambutan hari ulang tahun pertama parti itu di satu dewan sekolah di Kota Kinabalu pada hari Ahad lalu.

Tuntutan berkenaan, kata Jeffrey adalah berkenaan hak negeri dan kedudukan dalam persekutuan berdasarkan Perjanjian Malaysia, selain hak ke atas sumber minyak dan gas.

Katanya, warga Sabah juga perlu faham bahawa kerusi di negeri itu perlu ditandingi atas tiket parti tempatan untuk mengekalkan kuasa penentu tersebut.

 

"Sekiranya kerusi Parlimen / DUN itu ditandingi dan dimenangi oleh parti dari (semenanjung), kita akan terus kehilangan kuasa penentu itu sebab wakil rakyatnya akan terus dikuasai oleh parti parti mereka seperti juga Umno

"Sekiranya kuasa penentu ini dikekalkan, kita akan berkedudukan unik dan istimewa untuk menentukan destini dan masa depan kita sendiri.

"Kedudukan ini akan juga membawa kita seolah-olah kembali kepada (pembentukan Malaysia tahun) 1963 dan sebelumnya tetapi dengan keadaan dan suasana yang berbeza di mana sekarang kita lebih berpengetahuan dan berpengalaman," katanya.

ADS