Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek Puspahanas alami kelewatan hampir 2 tahun

Pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang dikesan mengalami kelewatan hampir dua tahun.

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, kerja pembinaan Puspahanas sepatutnya bermula pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011.

NONE Kementerian Pertahanan mentauliahkan projek berkenaan dan menandatangani perjanjian dengan pemaju Awan Megah (M) Sdn Bhd ketika semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri.

Awan Megah dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah yang diheret ke kancah kontroversi oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan selepas urusniaga kewangan mereka berhubung projek tersebut menghadapi masalah.

Beliau juga mendakwa telah membayar sejumlah wang untuk campurtangan Najib bagi membenarkannya disertakan sebagai satu pihak dalam projek tersebut.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membawa Malaysiakini ke tapak pembinaan berkenaan di PT111, Presint 1 Putrajaya, untuk melihat kemajuan projek tersebut.

Tapak seluas hampir 40 ekar (16ha) itu dipagar dengan penghadang setinggi tiga meter dan satu-satu nya jalan masuk ke tapak itu hanya memberi laluan kepada kenderaan pembinaan dan pengangkutan untuk pekerja.

NONE Satu papan tanda menyatakan tarikh mula kerja pada 25 November 2008, namun tidak menyatakan tarikh tamat kerja.

Hanya dua bangunan dilihat sedang dibina – di peringkat tingkat kedua – di dalam kawasan berpagar itu, namun dindingnya masih belum didirikan.

Seorang pekerja, yang merupakan antara sebilangan individu yang bekerja di tapak berkenaan berkata, kerja-kerja tanah dan kira-kira 30 peratus pembinaan telah disiapkan hingga kini.

Pekerja berkenaan, yang bertugas bawah subkontraktor Sri Bina Jaya Sdn Bhd – yang ditugaskan dengan kerja-kerja pembinaan fikizkal – berkata syarikat itu hanya dibawa masuk sejak Ogos 2011.

Beliau tidak dapat menyatakan bilakan kerja-kerja itu akan disiapkan.

[Baca berita penuh]

ADS