Timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing yang menyertai perhimpunan itu berkata Mohd Sani perlu meletak jawatan ekoran latihan mengundi yang dijalankan ke atas sekumpulan masyarakat Orang Asli di Tapah bulan lalu.
Tindakan itu didakwanya menunjukkan Mohd Sani "gagal melindungi hak orang asli malah mencabuli hak bangsa Orang Asli".
"Ini telah menunjukkan bahawa Jakoa berpihak kepada Umno BN serta dijadikan alat kempen pilihan raya Umno BN," dakwanya dalam satu kenyataan.
Pakatan Rakyat Perak pada 26 Disember lalu mendedahkan Jakoa menjalankan latihan mengundi itu dengan kerjasama BN Perak.
Mereka mendakwa Orang Asli yang hadir ke latihan itu dipaksa memangkah BN di atas kertas undi olok-olok dengan disaksikan pegawai Jako dan seorang ADUN BN.
Samsuddin kemudian tampil menjelaskan bahawa latihan itu bertujuan mendidik komuniti Orang Asli yang didapati menghasilkan banyak undi rosak dalam pilihan raya lalu.
"Ini adalah kerana latihan mengundi tersebut didapati mengandungi unsur jenayah yang melanggari Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 dan seterusnya boleh disiasat mengikut Kanun Tatacara Jenayah.
"Kami juga mengesyaki program tersebut dilancarkan kepada peringkat kebangsaan sehingga ke kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan perkampungan Orang Asli di Pahang dan Kelantan," katanya.
Menurut kenyatan itu lagi, perhimpunan pada jam 10 pagi ini turut disertai peguam Bah Tony, pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) dan anggota masyarakat Orang Asli Grik, Sungai Siput, Tapah dan Bidor.