PKR dakwa tangkapan SPRM cubaan cemar pejabat TKM

PKR Pulau Pinang mengecam penangkapan pembantu Timbalan Ketua Menteri (TKM), Datuk Mansor Othman berhubung dakwaan rasuah sebagai satu percubaan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti pejabat.

Naib Pengerui PKR negeri itu,  S Raveentharan berkata peguam parti itu akan mempertahankan pembantu TKM tersebut.

Beliau mendakwa bahawa tiada bukti untuk mengaitkan pembantu TKM itu dengan rasuah.

Raveentharan, yang juga ADUN Batu Uban berkata mereka tidak sepatutnya menuding jari jika mereka tidak mempunyai bukti.

Difahamkan sepasukan peguam akan mempertahankan pembantu TKM itu, tetapi tidak pasti bila dia akan didakwa di mahkamah. Dia kini dibebaskan dengan jaminan polis.

NONEPembantu Mansor dan dua yang lain, termasuk bekas pegawai
daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahya (kanan), ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Januari di tanah besar Pulau Pinang.

Ketiga-tiga ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah sebanyak RM30,000 kepada seorang kerani perempuan untuk memujuknya supaya menggugurkan aduan gangguan seksual terhadap Roslan, yang telah digantikan sebagai DO ekoran penangkapan tersebut.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.