Peguam: Muhyiddin 'bohong terang-terangan'

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnnya mendakwa timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat "pembohongan terang-terangan" apabila mengaitkan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada hari Sabtu ini dengan kes mahkamah yang dihadapinya.

Latheefa Koya dari firma Daim & Gamany berkata beliau berkata demikian dengan merujuk satu kenyataan Muhyiddin pada 8 Januari yang mendakwa Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari bertujuan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah dalam kes melibatkan Anwar.

Anehnya, Muhyiddin juga menggelarkan perhimpunan itu dengan nama Himpunan Shamsidar.

Dalam kenyataannya, Latheefa berkata Shamsidar Taharin yang merupakan isteri kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali, tidak pernah dipanggil atau disenaraikan sebagai saksi dalam mana-mana kes melibatkan Anwar.

“Tambahan pula, satu-satunya kes yang tertangguh melibatkan Anwar adalah samannya ke atas Utusan Malaysia berhubung wawancara BBC dan tidak melibatkan Shamsidar sama sekali.

"Kes itu ditetapkan untuk diputuskan pada 21 Januari," kata Latheefa yang juga merupakan pemimpin PKR.

Tambahnya, kes saman Anwar ke atas S Nallakarupan berhubung kenyataan di Utusan Malaysia pula kini ditetapkan untuk pengurusan kes sementara menunggu rayuan daripada kedua-dua pihak di Mahkamah Rayuan berhubung soal membatalkan beberapa bahagian dalam pembelaan Nallakarupan.

"Maka amat mengejutkan dan tidak wajar bagi timbalan perdana menteri untuk membohong terang-terangan memandangkan jelas tiada asas untuk beliau membuat kenyataan atau sindiran.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia konsisten melaporkan perhimpunan yang dirancang untuk diadakan pada hari Sabtu ini sebagai "Himpunan Shamsidar".

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.