Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Puad kata tak takut ugutan saman DAP
Diterbitkan:  Jan 9, 2013 2:48 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Anggota majlis tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mencabar DAP mengemukakan saman ke atasnya berhubung dakwaan bahawa parti itu akan mencetak dan mengedarkan 100,000 naskhah Injil dalam bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, beliau juga tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya semalam, yang disifatkan DAP semalam sebagai "fitnah tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali".

"Saya tidak akan meminta maaf dan saya tidak takut dengan ugutan saman DAP. Kita tengok sahaja apa akan berlaku selepas ini," kata Puad seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Katanya lagi, tindakan undang-undang oleh DAP akan menunjukkan bahawa parti itu bersikap defensif dalam menyatakan kebenaran.

"Kenapa hendak saman, sepatutnya DAP menjawab kenyataan saya. Kenyataan itu bukan bersifat tuduhan kepada DAP sebaliknya memohon penjelasan parti itu sama ada dakwaan tersebut benar atauy tidak," katanya.

Timbalan menteri pelajaran itu semalam dilaporkan enggan mengemukakan sumber dakwaan berkenaan.

ADS