Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arahan gari di bahagian belakang elak OKT lari

Polis Selangor mengarahkan supaya suspek atau orang kena tuduh (OKT) digari di bahagian belakang bagi mengelak mereka melarikan diri semasa dibawa ke sesuatu tempat seperti mahkamah.

    

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Negeri Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kepada semua Ketua Polis Daerah (OCPD) di Selangor.

    

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini, beliau berkata anggota polis yang didapati cuai ketika melakukan tugasan sehingga menyebabkan suspek atau OKT melarikan diri, berdepan dengan

hukuman termasuk dipenjarakan.

    

"Kita tidak akan kompromi dengan anggota yang cuai ketika dalam tugasan dan berdepan dengan hukuman yang sewajarnya," katanya.

Arahan itu ekoran kejadian tujuh tahanan Penjara Pulau Pinang meloloskan diri semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan van polis Isnin lepas.  

    

Sementara itu, beliau berkata tertuduh kes bunuh dan curi lari dari Kompleks Mahkamah Klang pada 26 Dis lepas dan ditahan semula di Melaka seminggu kemudian, dituduh di Mahkamah Klang hari ini mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari tahanan polis.

Lima lagi individu yang terlibat membantu tertuduh yang dikenali sebagai A. Viswanathan turut dituduh hari ini mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melindungi tertuduh yang lari dari tahanan sah, katanya.  

    

Mohd Adnan berkata seorang anggota polis yang mengiringi tertuduh ketika kejadian suspek melarikan diri pula dituduh di bawah Seksyen 223 kerana cuai

pada Isnin lepas.

    

- Bernama

ADS