Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Taman Tema ke-3 tiada kaitan firma Indonesia, AS'

Iskandar Investment Bhd (IIB) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan PT Pembangunan Jaya Ancol dan Six Flags Entertainment Corp dalam soal pembinaan taman tema ketiga di Iskandar Malaysia.

    

Setakat ini, tiada hubungan, baik secara rasmi atau sebaliknya, antara IIB dan syarikat Amerika, Six Flags Entertainment Corp dan pemaju taman tema Indonesia, PT Pembangunan Jaya Ancol, dalam soal taman tema ketiga itu, katanya ketika memberi penjelasan tentang sebuah berita oleh Bernama semalam.

    

Dalam satu laporan semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, berkata Iskandar Malaysia bakal mendapat taman tema ketiganya dan pelabur-pelaburnya akan membuat pengumuman dalam masa tiga hingga enam bulan lagi.

    

"Taman tema ketiga itu ditujukan kepada golongan belia dan kanak-kanak," katanya pada upacara pecah tanah Raffles American School di Educity, Nusajaya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan lokasi, kos pembinaan atau pelabur taman itu.

- Bernama

ADS