Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak tanpa kerakyatan kembali ke sekolah selepas protes

Tujuh kanak-kanak tanpa kerakyatan kini lega selepas hampir dua jam mengadakan protes duduk di ibu pejabat Kementerian Pelajaran di Putrajaya petang ini apabila kementerian bersetuju untuk membenarkan mereka kembali ke sekolah, buat masa ini.

NONE Diketuai oleh Naib Presiden PKR, N Surendran (kiri), kanak-kanak

yang berusia antara tujuh hingga 13 tahun itu, yang dinafikan persekolahan kerana dokumentasi yang tidak mencukupi dari ibu bapa mereka, berkumpul di hadapan pejabat kementerian berkenaan pada pukul 11.30 pagi menuntut untuk bertemu dengan pegawai kementerian bagi menyelesaikan masalah mereka.

Bagaimanapun, permintaan mereka tidak segera dipenuhi kerana kebanyakan pegawai menghadiri satu majlis dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hanya seorang pegawai berpangkat rendah keluar untuk meminta Surendran mengisi borang aduan, tetapi beliau menolaknya, dan sebaliknya bertegas meminta borang pendaftaran sekolah untuk kanak-kanak berkenaan.

Selepas lebih sejam menunggu di depan pejabat tersebut, Surendran yang juga seorang peguam hak asasi manusia itu dan yang lainnya, termasuk rakan-rakannya - Lattheefa Koya dan R Sivarasa - memutuskan untuk mengadakan protes duduk di situ.

Mereka duduk di depan pejabat, sambil menjeri slogan termasuk "Turun Muhyiddin!" dan "buat kerja!" .

Malah, Surendran mengancam untuk melancarkan "Duduki Kementerian" jika perkara itu tidak dapat diselesaikan hari ini.

   

"Ini adalah ibu pejabat pendidikan (kebangsaan). Tidak seorang pun datang berurusan dengan kanak-kanak yang telah dinafikan pendidikan mereka. "

"Kita melihat semua pegawai lalu lalang. Tidak seorang pun yang peduli untuk menguruskan perkara itu ... (Ini) menunjukkan sikap 'tidak apa' kementerian, "katanya.

Semasa protes 90 minit itu, sekurang-kurangnya lima orang pegawai cuba untuk menenangkan mereka tetapi tidak berhasil.

Akhirnya Roziah Abdullah, seorang pegawai kanan yang bertanggungjawab bagi pengurusan sekolah, muncul dan bantahan itu berakhir selepas beliau menyerahkan kepada mereka borang pendaftaran persekolahan.

Aktivis PKR itu segera membantu kanak-kanak untuk mengisi borang dalam masa tiga puluh minit dan menyerahkannya kepada Roziah.

Kepada satu soalan, Roziah berkata kementerian membenarkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah kerajaan, tertakluk kepada dua syarat:

(a) Salah seorang ibu bapa mestilah warganegara Malaysia, dan

(b) Kanak-kanak itu mesti mendapatkan pengesahan ketua kampung mereka bagi mengesahkan mereka adalah kanak-kanak Malaysia.

Oleh itu, Roziah memberitahu mereka bahawa kanak-kanak itu boleh kembali belajar di sekolah dan mereka perlu mengemukakan pengesahan dari ketua kampung mereka.

Surendran, dalam satu sidang akhbar kemudiannya, berkata beliau "gembira"  dengan respons kementerian tersebut.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan bahawa kementerian perlu menubuhkan satu unit bergerak untuk mendaftarkan pelajar seumpama itu.

Katanya, tujuh kanak-kanak tersebut boleh pergi ke sekolah, tetapi bagaimana dengan ribuan lagi kanak-kanak seperti itu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beliau mengingatkan bahawa sekiranya perkara itu masih tidak dapat diselesaikan, maka kebanyakan kanak-kanak tanpa berpendidikan itu akan berakhir dalam jenayah dan menjadi buruh kecil.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS