Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib tarik sokongan hartawan, pemimpin Cina
Diterbitkan:  Jan 15, 2013 2:19 PM
Dikemaskini: 1:01 PM

Eksklusif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan hartawan dan pemimpin organisasi Cina dalam satu majlis makan malam tertutup pada malam tadi ketika pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan tidak lama selepas sambutan Tahun Baru Cina.

NONE Sasaran Najib adalah untuk mendapatkan sokongan golongan Cina bagi membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen dan merampas semula negeri Selangor.

Malaysiakini difahamkan bahawa majlis makan malam itu diadakan di kediaman usahawan Tan Sri Abu Sahid Mohamed di Kuala Lumpur.

Sebanyak kira-kira 80 meja dipenuhi pemimpin daripada pelbagai pemimpin kelompok perniagaan dan organisasi Cina – antaranya presiden Kesatuan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Pheng Yin Huah dan bekas presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) William Cheng.

Najib yang merupakan tetamu kehormat pada malam itu turut menggaul makanan tradisi Cina 'yuseng' bersama tetamu lain sebelum menyampaikan ucapannya.

Dalam ucapannya, Najib meminta golongan Cina supaya terus menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang dan memastikan parti komponen BN memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen.

[Baca berita penuh]

ADS