Persatuan tarian singa dan naga Muar terima bantuan PM

Persatuan Tarian Singa dan Naga Daerah Muar yang muncul sebagai juara pertandingan singa dan naga peringkat dunia di Melaka bulan lalu menerima bantuan sebanyak RM100,000 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
Cek bantuan tersebut diserahkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim kepada pengerusi persatuan tersebut, Datuk Ng Kok Hwa pada majlis jamuan di Muar malam tadi.
    
Dalam ucapannya Razali berkata, bantuan RM100,000 itu akan memberi rangsangan kepada persatuan itu untuk terus aktif dalam bidang berkenaan.

Beliau manyatakan rasa kagum terhadap penyertaan empat orang remaja Melayu dalam tarian singa tersebut.

- Bernama
   
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.