Kedah jemput MCA lancar persembahan CNY

Seorang anggota exco Kedah menejmput presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan pemimpin lain untuk menghadiri satu majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR di Kulim pada 2 Februari.

NONELim Soo Nee yang juga ADUN Kulim berkata acara itu bagi membuktikan kepada MCA bahawa persembahan menampilkan wanita dewasa dibenarkan di negeri itu.

Lim berkata beliau mahu Chua dan ketua MCA negeri Chong Itt Chew merasmikan majlis tersebut, yang merupakan acara anjurannya sejak 2008.

"Kita menjemput tiga penyanyi wanita tempat untuk membuat persembahan berkenaan yang bermula pada jam 7.30 petang di Jalan Kelang Sago, Kulim," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman hari ini.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.