Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seorang lagi mangsa letupan kilang sawit maut

Seorang lagi mangsa kejadian letupan di kilang memproses kelapa sawit di Hulu Terengganu lewat petang semalam, meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), menjadikan angka kematian kepada empat orang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Ismail Muslim berkata Mohd Razlan Mokhtar, 25, berasal dari Kuala Berang meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi ini.

"Mangsa meninggal selepas hampir 13 jam dirawat di HSNZ setelah melecur hampir 90 peratus anggota badan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian letupan di kilang itu kira-kira 7.45 malam tadi, tiga maut iaitu penyelia Azmi Abdullah, 47, dan dua pekerja warga Nepal iaitu Pramod Kumar Ray, 30, dan Sanjib Kumar Pasman, 26, manakala seorang kritikal dan tiga lagi cedera ringan.  

Mohd Ismail berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca satu daripada mesin mengukus buah kelapa sawit di kilang itu meletup namun siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Katanya tiga mangsa yang cedera ringan terdiri dua warganegara Bangladesh Ahmmed Ali, 39, dan Rezuyam Marom Ali, 45, dan Sabad Yedan, 44, dari Nepal yang dirawat di Hospital Hulu Terengganu sudah dibenarkan keluar hospital.   

- Bernama

1. Tiga maut, empat cedera kilang sawit di T'ganu meletup

ADS