S'gor: Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan bahwa kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air di Lembah Klang kini pulih sepenuhnya.

Menurut satu pengumuman hari ini, kawasan yang terjejas akibat kerosakan rumah pam Wangsa Maju pulih sepenuhnya dan begitu juga dengan kawasan yang menerima air terawat dari loji Sungai Semenyih.

Bagaimanapun, dianggarkan kira-kira 30,000 pintu rumah masih mengalami masalah bekalan, menurut kenyataan tersebut.

"Semua kawasan telah mula mendapat bekalan air termasuk kawasan tinggi seperti di Bandar Sri Permaisuri.

"Setelah loji dipulihkan, bekalan air disalurkan semula pada jam 8 malam hari yang sama. Hasilnya kawasan yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Semenyih telah beransur-ansur mendapat bekalan air terawat semula," pengumuman bertarikh 16 Januari itu dipetik.

Pengumuman itu dikeluarkan Jawantankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Beberapa kawasan tinggi yang mendapat bekalan daripada loji Sungai Semenyih - yang disalurkan dari Kolam Air Terminal Bangi dan Kolam Air Sri Kembangan - beransur pulih sepenuhnya semalam, menurut kenyataan itu.

Ia seterusnya menyenaraikan kawasan yang masih terjejas:

Kolam Air Sri Kembangan

Taman Harmoni
Taman Kajang Impian
Kawasan Seksyen 7 — Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
Kawasan Taman Industri Selaman

Kolam Air Terminal Bangi

Kawasan Sri Kembangan termasuk Taman Equine, Pasar Borong
Kawasan Industri Sri Kembangan

Kawasan mendapat bekalan Loji Sungai Langat:

Tmn Bkt Belimbing, Tmn Puncak Utama, Tmn Putra Budiman, Tmn Sg. Besi Indah,Tmn Juara Jaya, Industri Balakong, Industri Tanming Jaya,Balakong Jaya,Kg Baru Balakong, Tmn Saujana Impian, Bdr Baru Seri Petaling,  Desa Petaling,  Tmn Salak Selatan dan kawasan-kawasan lain.

Kawasan mendapat bekalan Loji Sungai Selangor:

Sg. Kapar Indah,Tmn Sri Andalas, Bkt Kapar,Tmn Sentosa,Seksyen 27,Seksyen 33, Seksyen 32, Sg. Kapar Indah,Bkt Kapar, Kapar dan kawasan-kawasan lain.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.