Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saksi RCI kata tak terima arahan dari setpol

Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani mengakui bahawa beliau mengetuai satu pasukan yang memproses kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak.

Bagaimanapun, beliau mendakwa bahawa beliau bertindak sendirian dan tidak menerima arahan daripada pemimpin politik.

Katanya, sekiranya ia merupakan arahan, ia akan diterima dalam bentuk bertulis, kata Abdul Rauf dalam keterangannya kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Beliau mengesahkan bahawa beliau dan kakitangannya beroperasi daripada kediaman bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Abdul Rauf menegaskan bahawa Abdul Aziz tiada peranan dalam operasi tersebut.

Katanya, semua orang mengenali Abdul Aziz sebagai setiausaha politik namun mereka tidak melaksanakan apa yang dikatakan bekas setiausaha politik itu.

"Penjawat awam tidak terima arahan dari setiausaha politik," katanya.

Pegawai pengendali RCI, yang mewakilli pejabat peguam negara, turut meminta beliau mendedahkan sebab menjalankan operasi di kediaman Abdul Aziz.

Bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagiaan dariapada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpengkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu - beroperasi di kediaman Abdul Aziz.

Yakup mendakwa dalam operasi itu mereka diminta menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang asing.

Abdul Aziz ketika dihubungi semalam berkata beliau tidak dapat mengingati peristiwa seperti itu.

[Baca berita penuh]

ADS