Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin gesa PM henti tekanan politik pada Bank Islam

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan campur tangan dan tekanan politik ke atas Bank Islam dalam kes penggantungan ahli ekonominya, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin.

MP Gombak itu juga menyeru Bank Islam membatalkan segera tindakan pengantungan tuga yang dibuat secara tergesa-gesa ke atas pakar ekonomi tersebut.

"Tindakan tergopoh-gapah menggantung (tugas) Azrul Azwa membayangkan ada tekanan politik agar tindakan tersebut diambil.

"Kenyataan Azrul Azwa bahawa beliau bersimpati dengan ketuanya yang terpaksa berhadapan dengan tekanan politik susulan peristiwan ini mengesahkan wujudnya campur tangan politik di dalam pengurusan Bank Islam dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang lain.

"Maka saya menggesa perdana menteri selaku menteri kewangan untuk menghentikan serta merta campur tangan dan tekanan politik terhadap pengurusan Bank Islam supaya mereka boleh berkhidmat secara profesional dan bebas," kata Azmin dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Azrul digantung tugasnya susulan pembentangan kontroversinya berhubung senario pilihan raya umum akan datang, di Singapura minggu lalu.

Beliau mengesahkan tindakan itu adalah untuk tempoh yang tidak dinyatakan dan surat penggantungan kerja menyatakan ia dibuat atas dakwaan "melakukan salah laku yang serius".

Penggantungan Azrul mendapat perhatian naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang percaya kerajaan BN memberi tekanan politik ke atas Bank Islam untuk menggantung tugas Azrul.

Bank Islam semalam menegaskan institusi kewangan itu mempunyai asas untuk percaya bahawa pakar ekonominya Azrul Azwar Ahmad Tajudin melanggar polisi dalaman bank.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Bank Islam lewat lewat petang semalam menyebut, tindakan berkenaan "tidak ada kaitan dengan tindakan menyuarakan pandangan politik peribadinya".

ADS