Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau sedia menjadi perantara berhubung hasrat Deepak Jaikishan untuk mendapatkan imuniti dari Pakatan Rakyat, jika berkuasa kelak, untuk mendedahkan urusan melibatkan personaliti berkuasa.

Katanya, beliau sedia berbuat demikian sekiranya ahli perniagaan permaidani itu bertemu dengannya bagi meluahkan apa yang hendak diperkatakannya.

"Beliau memohon jaminan imuniti jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Saya sedia menjadi perantara dan akan membawa hasratnya itu kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

NONE "Tetapi yang penting beliau kena berjumpa dengan saya terlebih dahulu. Saya sedia menjadi pendengar yang setia kepada apa yang hendak diluahkannya," kata Mahfuz (kanan) kepada Malaysiakini pagi ini.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Deepak di pejabat Agung PAS.

"Beliau perlu menghubungi saya untuk membuat temujanji terlebih dahulu... Saya sedia mendengar apa yang nak diluahkan," katanya.

Mahfuz berkata Deepak boleh menghubunginya melalui  emel [email protected] atau menghubunginya 019-442 2685.

Menurut Mahfuz lagi, saudagar permaidani itu tidak perlu bimbang mengenai soal imuniti, memandangkan peruntukan sedia ada mampu memberi perlindungan kepada saksi dalam membantu kes-kes jenayah.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dilapor berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat memberi jaminan untuk memberi imuniti kepada Deepak dan perlindungan penuh bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

"Saya tidak fikir sesiapapun atau Anwar sekalipun dapat memberi jaminan lateral untuk Deepak. Kita kena ikut undang-undang dan juga agensi yang terlibat," Rafizi dilaporkan berkata.

NONE Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membidas Deepak (kiri) bahawa ahli perniagaan itu "tidak ada kredibiliti", Mahfuz berkata:

"Sepatutnya, jika tidak ada kebenaran, saman dan ambil tindakan undang-undang atas dakwaan fitnah... Dia (Najib) kena ambil tindakan."

Menurutnya Mahfuz lagi, kenyataan Najib itu juga secara tidak langsung menunjukkan beliau memang mengenali Deepak.

 

1. Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2

2. Najib kata Deepak tak boleh dipercayai

ADS