Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ arah Pemuda bersedia pusingan akhir 1 Feb

Jentera Pemuda Umno di seluruh negara diarah bergerak lebih aktif dan memulakan persiapan akhir bermula 1 Februari ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU).

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata jentera Pemuda di semua pusat daerah mengundi (PDM) sudah boleh mula menggerakkan program untuk setiap PDM masing-masing.

Jentera Pemuda perlu memastikan pengundi baharu terutamanya akan keluar mengundi pada hari pengundian nanti, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Pemuda Umno Kedah, di Alor Setar hari ini.

Katanya Pemuda Umno kini mengambil pendekatan yang lebih bersifat mikro dan bukan lagi umum bagi memastikan setiap mesej sampai ke peringkat akar umbi.

"Macam program hari ini kami pilih untuk pergi ke PDM di Taman Wira (Alor Setar) dan PDM Kubang Betung kerana di situ menunjukkan penambahan pengundi baharu paling ramai," kata Khairy.

Mengenai calon bagi PRU akan datang, Khairy berkata walaupun soal itu diserahkan sepenuhnya kepada perdana menteri, namun beliau menaruh harapan agar kepimpinan parti menimbangkan calon dari kalangan Pemuda.

Beliau turut memberitahu bahawa satu perhimpunan orang muda akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti di sini pada 31 Januari dan Datuk Seri Najib Tun Razak telah dijemput menyampaikan amanat.

-Bernama

ADS