Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: 549 keluarga di Kota Marudu dipindahkan
Diterbitkan:  Jan 21, 2013 9:31 AM
Dikemaskini: 1:33 AM

Sejumlah 549 keluarga dari 14 kampung di Kota Marudu dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan selepas dilanda banjir berikutan hujan sejak semalam.

Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata semua sistem dan prosedur operasi standard dilaksanakan dan jabatan serta agensi berkaitan memberi kerjasama serta sokongan sepenuhnya bagi memantau situasi dan membantu mangsa banjir.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, melawat bilik operasi di pejabat daerah hari ini untuk mendengar taklimat sebelum ke pusat perlindungan di mana bantuan serta makanan diagih.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia memandangkan hujan, walaupun tidak lebat, masih berlaku di kawasan itu.

"Kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan awam di kawasan terbabit," katanya.

- Bernama

ADS