Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengundi pos luar negara mesti penuhi syarat '30 hari '
Diterbitkan:  Jan 22, 2013 5:15 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Rakyat Malaysia di sebarang laut yang bercadang untuk mengundi secara pos dalam pilihan raya umum akan datang, mestilah memenuhi beberapa syarat.

azlan Keperluan utama ialah mereka mesti pulang ke tanahair selama sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun terakhir sebelum pembubaran Parlimen akan datang.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanwebnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga berkata mereka mesti sudah berdaftar sebagai pengundi biasa.

Tempoh lima tahun itu dikira dari 28 April 2008, apabila sesi semasa Parlimen bermula.

SPR akan menyemak dengan jabatan imigresen untuk menentukan sama ada pemohon telah mematuhi syarat 30 hari itu.

Ia telah dijelaskan bahawa undi pos tidak akan disediakan untuk mereka yang tinggal di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan.

Pengundi luar negara yang layak mengundi, perlu mengisi dan mengemukakan borang permohonan yang boleh didapati di laman SPR.

Satu garispanduan mengenai bentuk dan fail sesi soal-jawab, menyediakan butiran permohonan tersebut dan proses mengundi.

Berkuatkuasa dari semalam, permohonan boleh dikemukakan sehingga hari Parlimen dibubarkan - pada atau sebelum 28 April seperti yang diputuskan oleh perdana perdana.

Walaupun SPR akan hanya memaklumkan secara rasmi kepada keputusan pemohon mereka selepas tarikh penamaan calon, namun pemohon digalakkan menyemak status melalui lamanweb.

azlan Apabila pilihan raya umum dipanggil, SPR akan mengumumkan tarikh  dan masa untuk pengundi yang layak mendapatkan kertas undi dari misi diplomatik Malaysia yang terdekat.

Pengundi digalakkan membuang undi di misi diplomatik Malaysia, walaupun mereka juga boleh mengembalikan kertas undi kepada misi tersebut pada hari berikutnya.

Jika mereka memilih untuk mengambil kertas undi di luar masa yang ditetapkan, mereka boleh mengepos kertas undi ke pejabat SPR di Malaysia - selagi ia tiba jam 5 petang hari mengundi.

Dokumen soal-jawb, bagaimanapun, tidak menjelaskan bagaimana SPR akan melindungi integriti proses pengundian dan pemindahan undi.

Borang permohonan B1 boleh diakses di sini .

Garispanduan untuk mengisi borang boleh diakses di sini.

Satu sampel Borang yang lengkap boleh dilihat di sini.

ADS