PERKASA P Pinang nafi anjur acara bakar Injil

PERKASA Pulau Pinang menafikan akan menganjurkan acara membakar kitab Injil berbahasa Melayu pada Ahad depan.

Laporan Utusan Malaysia memetik kenyataan yang dipertua PERKASA negeri, Yusof Suhaimi Mohd Yatim yang mengulas mengenai pengedaran risalah mengenai acara berkenaan.

NONE"PERKASA masih lagi menghormati undang-undang dan kami sentiasa memperjuangkan keamanan negara.

"Kami minta pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik pengedaran risalah itu," katanya seperti dipetik Utusan.

Yusof mendakwa penyebaran risalah untuk acara tersebut dilakukan pihak tertentu untuk "menangguk di air keruh".

Beliau turut mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah dibakar.

"Saya juga faham niat beliau adalah untuk mencegah umat Islam yang marah daripada mencederakan pihak mengedarkan Bible berbahasa Melayu," katanya.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.