Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid: MPKj buat siasatan dalaman untuk jaga 'adab'

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kini sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas pegawainya yang terlibat mengeluarkan arahan kepada satu kuil di Pekan Bangi Lama supaya mengurangkan bunyi bising.

Khalid berkata, tindakan berkenaan dijalankan untuk menjaga "adab" antara kerajaan negeri dan pekerjanya yang didakwa melakukan tindakan di luar arahan.

NONE "Kita ada adab, mereka-mereka yang diambil bekerja tertakluk kepada Akta Industri.

"Jikalau pekerja itu salah, kita mesti adakan siasatan dalaman. Oleh sebab itu, penjagaan pekerja itu sangat penting, seorang yang jadi majikan tak boleh hanya buang kerja atau menggantung pekerjanya.

"Dia kena ada proses dan proses ini sudah pun berjalan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri petang ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan susulan ke atas pegawai yang terbabit mengeluarkan arahan kontroversi itu kepada Sri Maha Mariamman pada 8 Januari lalu.

Notis tersebut yang mengarakan kuil berkenaan supaya bunyi bising dan menghentikan aktiviti keagamaan selepas jam 6 petang itu bagaimanapun dibatalkan pada minggu lalu.

Khalid ditanya demikian susulan tuntutan dariapada MP Puchong Gobind Singh Deo yang mahu kerajaan negeri mengambil tindakan serius bagi mengelakkan insiden seperti itu tidak berulang di masa hadapan.

ADS