Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 20 aktivis yang mendakwa mewakili 21 NGO membantah cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya suruhanjaya siasatan diraja (RCI) menyiasat pemberian sejuta kewarganegaraan kepada warga asing sebelum merdeka.

Sambil menegaskan cadangan tersebut menyinggung perasaan orang Cina dan India, mereka menuntut Mahathir meminta maaf dalam tempoh tujuh hari.

NONE Pemimpin kumpulan itu, A Rajaretinam, yang juga pengerusi Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), mengkritik Mahathir yang didakwanya lupa bahawa nenek moyangnya berasal dari India.

"Jika Tunku tidak memberi kerakyatan kepada nenek moyang

Mahathir, beliau tidak akan berada di sini!" tegas Rajaretinam sambil menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian rasmi mengenai kenyataan Mahathir itu.

Peserta protes tersebut, yang berkumpul di Brickfields, sekitar tengah hari tadi, membawa kain rentang yang merujuk kepada Mahathir sebagai ""manusia paling hina", "pembohong besar" dan "pengkhianat negara".

Rajaretinam juga menggesa siasatan polis dijalankan terhadap Mahathir berhubung kenyataannya itu.

ADUN DAP Sungkai, A Sivanesan, yang turut hadir, memberitahu pemberita bahawa Mahathir boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya itu.

"Kewarganegaraan orang bukan Melayu tidak harus dipersoalkan dengan cara ini. Apabila ia memberi kesan kepada sensitiviti dan perasaan kaum lain, ia menjadi satu hasutan."

Pada akhir protes tersebut, Rajaretinam mengumumkan mereka akan mengadakan perhimpunan yang lebih besar terhadap Mahathir pada 17 Februari.

[Baca berita Penuh]

ADS